“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari. ~Osman Affan~”
Pernahkah anda rasa semua benda yang anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut dan baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal….. dan bermacam-macam lagi sepanjang hari.
Hmmm…. tentu anda boleh bayangkan apa rasanya….. ini ada satu petua�yang sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar “you are what you think about”, maksudnya anda adalah apa yang anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kepada ayat ini, “you attract to you what you think about”, maksudnya, anda tarik ke dalam hidup anda apa-apa sahaja yang anda fikirkan.
Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yang membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan benci, anda pasti akan jumap semua benda yang membuat anda rasa benci dan marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus ada mulakan hari anda?
Disinilah asalnya mutiara kata saya�ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam�hati�anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!